TERMA & SYARAT



Peraturan Dalam Rumah
1. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah tanggungjawab mereka sendiri. Oleh itu penghuni dinasihatkan Membawa barangan berharga bersama.
2. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup dan dikunci apabila meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang dan malam
3. Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu apabila meninggalkan rumah.
4. Sila jaga alatan/perabot di dalam rumah seperti anda berada di rumah sendiri.  Jika rosak, kami berhak meminta ganti rugi dari pihak tuan.
5. MENCURI adalah satu kesalahan. Kami akan melaporkan kepada pihak polis jika berlaku keadaan demikian. Kami berhak mendakwa penyewa jika berlaku kecurian, kami mempunyai rekod nama dan IC setiap penyewa yang menginap.
6. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.


Tempahan & Bayaran Sewa
1. Tempahan hanya akan disahkan selepas bayaran deposit sebanyak RM50 (per night) diterima.
2. Bayaran Penuh + Deposit RM50 (akan dipulangkan kelak) perlu dijelaskan pada masa menerima kunci.
3. Sila semak tarikh dan hari yang akan anda menyewa adalah BETUL kerana terdapat kes penyewa yang tersalah tarikh dan telah memberikan masalah kepada kami dan pelanggan yang lain.
4. Bayaran tempahan tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan kurang dari 21 hari.


Masuk/Keluar
1. Masa Check in/out:
 - Check in : 2:00 pm
 - Check out : 12:00 pm
* Harap maklum, anda dibenarkan check in 2-3 jam awal tetapi haruslah dimaklumkan sehari sebelum ketibaan anda, bergantung kepada kekosongan rumah.
* Anda juga dibenarkan check-out lewat (max jam 5 ptg), juga bergantung kepada kekosongan rumah.


Penafian 
PIHAK PENGURUSAN Casa Prima HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI.